1.0 PENGENALAN
1
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) yang sedang dilaksanakan ini merupakan
sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sistem
pengurusan pembelajaran adalah satu sistem aplikasi perisian yang berasaskan
web yang direka untuk menguruskan kandungan pembelajaran, interaksi pelajar,
alat penilaian, dan maklum balas kemajuan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti.
LMS ini dapat membantu pelajar
untuk mengakses maklumat pembelajaran dalam bentuk garis panduan kursus, memuat
naik tugasan dan memuat turun nota kuliah, berinteraksi secara aktif antara
pelajar dengan pensyarah dan pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan
pembelajaran, berkongsi ilmu pengetahuan, dan mengambil peperiksaan dan kuiz
secara atas talian (Jurubescu, 2008).
Learning Management System (LMS) banyak
digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Hal ini kerana, system ini
memounyai pelbagai kelebihan kepada para pelajar dan organisasi. Memandangkan
pembelajaran masa kini sangat mementingkan maklumat yang tepat, kemas kini dan
mudah diperoleh, sistem LMS dilihat sebagai sistem yang memainkan peranan
penting dalam pembelajaran masa kini. Bahkan, dalam bidang pendidikan juga
maklumat yang perlu disampaikan sangat banyak dan memerlukan satu sistem yang
sistematik agar penghasilan dan penyampaian maklumat tersebut tersusun dan
lancar. Contohnya, maklumat berkaitan pelajar, staf dan pengurusan sekolah
berlaku terlalu banyak dalam sehari dan perlu disampaikan dengan pantas.
2.0 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
2.0 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Rajah 1:kegunaan sistem pengurusan pembelajaran
Rajah 2:peralatan sistem pengurusan pembelajaran
Peralatan untuk kemahiran belajar
adalah seperti modul pembelajaran yang mana ianya adalah untuk mewujudkan
aktiviti dan bahan-bahan pembelajaran untuk pelajar. Peralatan ini merangkumi
kuiz, bahan pembentangan secara atas talian, dan tugasan. Bahan pembentangan
ini hanya perlu dimuat naik ke sistem pengurusan pembelajaran atau dengan
persembahkan bahan daripada link web site sebagai contoh youtube (Agus, 2009).
Untuk tugasan pula, pensyarah akan muat naik tugasan di LMS dan pelajar akan
membuat tugasan tersebut secara atas talian dan mereka boleh menggubahnya atau
menghantar tugasan berulang kali sehingga tarikh tamat menghantar tugasan
tersebut.
Kategori yang kedua adalah alat
komunikasi yang mana peralatan komunikasi ini membolehkan interaksi berlaku antara
pensyarah dengan pelajar, dan pelajar dengan pelajar. Alat komunikasi yang
biasa didapati adalah pengumuman, di mana alat ini digunakan untuk memberikan
apa-apa maklumat berkenaan kursus termasuklah berita terkini dan aktiviti yang
akan datang kepada semua pelajar kursus tersebut. Selain itu, perbincangan juga
termasuk sebagai alat komunikasi di mana alat ini membolehkan pelajar dan
pensyarah sama-sama menyampai dan membalas mesej serta membaca komen-komen
daripada pengguna lain.
Akhir sekali adalah alat
produktiviti dalam LMS yang meliputi sistem pengurusan dokumen, kalender, soal
selidik dan sebagainya. Sistem pengurusan dokumen ini membolehkan pensyarah dan
pelajar memuat naik dan muat turun fail daripada mana-mana komputer yang
bersambung dengan internet. Sesetengah LMS membolehkan pelajar untuk melihat
laporan kemajuan keseluruhan seperti gred untuk setiap tugasan, kuiz dan ujian.
3.0 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
3.0 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Salah satu ciri utama LMS
ialah pengguna boleh meletakkan bahan kursus di atas talian. Butang untuk
memprogramkan sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus
yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan ‘power
point slides’ daripada kuliah telah disediakan oleh kebanyakan LMS. Pengajar
dapat mengesan kemajuan pelajar malalui ciri-ciri penilaian. Mereka juga boleh
memberi kuiz dan ujian di atas talian dan meletakkan gred pelajar dalam buku
gred di atas talian.
- Selain itu, LMS mempunyai ciri untuk menjadi alat komunikasi. Tenaga pengajar boleh membuat pengumunan ke kelas dan menghubungkan pelajar secara individu dengan mengaplikasikan LMS. Pelajar juga boleh menghantar mesej dan notis di dalamnya. Mereka boleh menyimpan bahan kelas sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat dengan kewujudan Lock box.
- Seterusnya, masa dan tempat untuk melakukan pembelajaran adalah fleksibel. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan masa sendiri dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar boleh meneroka maklumat baru menerusi perpustakaansecara digital atau laman web. Pelajar juga berpeluang untuk membincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universitI atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel menerusi penggunaan LMS.
- Di samping itu, ciri lain LMS ialah LMS memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana LMS mempunyai peranan penting dalam kegiatan akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan pentadbiran dalam dunia pentadbiran. Kita dapat memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat. Bukan itu sahaja, penggabungan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala dapat dipermudahkan. LMS disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan serta menjadi sejenis mudah alih sokongan dan standard.
Rajah 3:ciri-ciri sistem pengurusan pembelajaran
Maklumat adalah berguna jika
maklumat itu tepat, kemas dan mudah diperoleh.Perlaksanaan sistem pengurusan
pembelajaran ini mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar dan
organisasi.Hal ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan maklumat yang
sistematik boleh memainkan peranan dalam pembelajaran masa kini. Pengurusan
yang tidak cekap akan menghasilkan kerja yang tidak produktif. Oleh itu, sistem
pengurusan pembelajaran ini amat diperlukan. Salah satu kepentingan sistem ini
adalah membenarkan pelajar untuk berkongsi maklumat dengan pihak luar. Secara
keseluruhan, berikut adalah kepentingan sistem pengurusan pembelajaran.
Rajah 4:kepentingan sistem pengurusan pembelajaran
Disediakan oleh,
Nurshahida Hafiza Binti Mohamad Sobri
PPISMP Bahasa Melayu 4
IPG Kampus Darulaman
No comments:
Post a Comment