Monday, September 2, 2019

Bab 10 Penyesuaian Sosial


Pengenalan 

          Penyesuaian sosial adalah satu proses individu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menangani tekanan yang dicetuskan oleh tuntutan –tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut.Tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran meliputi aspek penglibatan dalam aktiviti sosial , hubungan dengan orang lain di kampus, hubungan dengan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka dan kepuasan terhadap persekitaran sosial di kampus yang merangkumi kepuasan terhadap asrama dan aktiviti kokurikulum yang ditawarkan.Oleh itu,pelajar perlu menggunakan sepenuh kecekapan dalam kemahiran interpersonal dan intrapersonal untuk menangani semua tuntutan –tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut.Kegagalan seseorang dalam melaksanakan penyesuaian sosial akan menyebabkan seseorang itu gagal dalam membuat atau menyempurnakan sesuatu perkara.


Kemahiran Interpersonal





          Kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. .Kemahiran interpersonal melibatkan komponen asas seperti konsep kendiri , sikap, sahsiah, nilai dan matlamat.Konsep asas ini dapat membantu mewujudkan seseorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitaran.Selain itu ,konsep asas ini dapat membina hubungan berkesan antara guru dan pelajar.Di samping itu , kemahiran interpersonal juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain secara bertulis atau lisan.






          Seterusnya ,kemahiran interpersonal memudahkan seorang guru berhadapan dengan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan .Hal ini dikatakan demikian kerana,kemahiran interpersonal dapat membantu seorang guru itu memperoleh pelbagai pengetahuan











          Namun demikian , terdapat tiga aspek yang perlu diambil perhatian supaya kemahiran interpersonal ini dapat dikuasai ,antaranya:

                      I.        Fizikal
                 II.        Observatori atau melakukan pemerhatian pada perasaan , pemikiran dan tindakan serta mendengar dengan baik.
                   III.        Memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada orang yang dilayan.

          Komunikasi interpersonal berlaku apabila wujud apabila dua ,tiga atau kumpulan kecil yang biasanya terdiri daripada empat hingga lapan orang berbual menyampaikan perasaan.Oleh itu ,seseorang yang mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal mempunyai peluang lebih baik dalam menyesuaikan drinya dengan persekitaran.Kemahiran interpersonal melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan iaitu dengan sebutan yang jelas ,lancar dan dengan nada yang bersesuaian secara konsisten.Selain daripada kemahiran menyampaikan idea secara lisan,kemahiran interpersonal juga melibatkan kemahiran mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten.
          Komunikasi interpersonal juga kadang kala disebut sebagai komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu.Hal ini dikatakan demikian kerana, komunikasi interpersonal berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi.Akhir sekali ,komunikasi interpersonal berlaku dalam pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah ,konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri dan memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi.



Kemahiran Intrapersonal



          Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dam mengenali diri sendiri. Kemahiran intrapersonal juga adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.oleh itu ,Kemahiran intrapersonal ini membolehkan seseorang mempelajari siapa dirinya ,apakah perasaanya,apa yang ingin dilakukannya ,apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu.Oleh itu ,seseorang yang mempunyai kemahiran intrapersonal akan menjadi sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri ,dapat mengenalpsati diri sendiri secara mendalam ,dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sekaligus menjadikan seseorang itu mempunyai keyakianan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri.Akhir sekali , kemahiran intrapersonal dapat menentukan hala tuju kehidupan seseorang dan seseorang itu mempunyai prinsip serta azam yang kuat serta seseorang itu juga akan menjadi lebih berdikari.Antara  aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:

                                      I.        Menyimpan jurnal atau diari
                                    II.        Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran
                                   III.        Menilai kerja sendiri
                                  IV.        Mengisi borang
                                    V.        Menulis pengalaman manis dan pahit yang pernah dialami
                                  VI.        Menghuraikan kekuatan atau kelemahan sendiri
                                 VII.        Melaksanakan projek secara individu
                                VIII.        Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri
                                  IX.        Membuat refleksi secara senyap
                                    X.        Menggunakan teknik metakognitif
                                  XI.        Menggunakan kemahiran memerhati dan memfokus
                                 XII.        Menggunakan kemahiran menaakul



Pelajaran Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran


         Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna.Hal ini dikatakan demikian kerana, manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian.Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang saling berkongsi ,bertindak secara koperatif dan kolaboratif ,mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta saling membantu dalam proses pembelajaran.Komuniti pembelajaran adalah proses pembelajaran yang bermakna dan semulajadi.Oleh itu ,komuniti pembelajaran dapat membina kesedaran bekerjasama ,memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.Selain itu , komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semulajadi manusia belajar dan sesuai dengan keadaan sebenar dunia.Komuniti pembelajaran juga merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.








Contoh komuniti pembelajaran

Rajah 1 : Kelas







          Oleh itu , ahli komuniti pembelajaran perlu patuh kepada kumpulan ,bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan ,memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif bukan reaktif.Selain itu,ahli komuniti pembelajaran perlu membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea,saling membantu dan mengajar.Hal ini dikatakan demikian kerana,cara tersebut dapat membantu ahli komuniti pembelajaran ke arah perkembangan yang positif.









Isu- Isu Perkongsian Maklumat






          Pekongsian maklumat melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat , penapisan dan penyusunan maklumat  dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.Perkongsian maklumat boleh dijalankan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.



 


           Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seseorang dapat berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk seperti  bentuk penulisan,gambar,persembahan ,video malah mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain.Namun begitu , sesuatu isu yang diperoleh  perlu diteliti dan dikaji untuk menentukan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima seperti  :

      I.                                      
                              I.        Gaya dan corak kepimpinan di dalam organisasi
                            II.        Kemudahan dan teknologi yang disediakan
                           III.        Budaya kesanggupan berkongsi maklumat
                          IV.        Personaliti individu yang menyampaikan maklumat
                            V.        Pengiktirafan kepada perkongsian maklumat berkenaan
                          VI.        Peneguhan kerjaya
                         VII.        Polisi organisasi
                        VIII.        Kesanggupan meluangkan masa untuk perkongsian maklumat
                          IX.        Berkebolehan untuk mengukur kebenaran sesuatu maklumat



Isu Gender Dalam Kecemerlangan Akademik


          Isu gender membimbangkan semua pihak.Hal ini dikatakan demikian kerana,semua pihak ingin memastikan kelangsungan pendidikan antara dua gender iaitu lelaki dan perempuan berada dalam keadaan seimbang.Namun demikian, pengusaan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik kelihatan lebih menonjol berbanding lelaki.Hal ini menimbulkan persepsi bahawa pelajar lelaki mempunyai tahap kepandaian yang rendah berbanding pelajar perempuan hingga menjadikan populasi mereka semakin mengecil dalam pencapaian akademik.

          Selain itu,sistem pendidikan Malaysia yang lebih mengutamakan kecemerlangan akademik menyebabkan  berlakulah ketidakseimbangan gender di universiti dan struktur pekerjaan.Kesannya, Universiti awam dan swasta majoriti didominasi oleh wanita berbanding lelaki.

          Bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan gender ini, kita perlu keluar dari bentuk sistem pendidikan yang bersifat punitif.Hal ini dikatakan demikian kerana, sistem punitif membuatkan segala peluang hanya dibuka kepada mereka yang cemerlang sahaja,manakala mereka yang kurang cemerlang langsung tidak diberikan peluang .Oleh itu ,mereka yang kurang cemerlang akan menjadi ketinggalan.Selain itu ,sistem pendidikan yang bersifat punitif  dapat menyumbang kepada peningkatan jenayah.Hal ini dikatakan demikian kerana,mereka yang kurang cemerlang tidak diberi peluang untuk memperbaiki pencapaian diri dalam sistem pendidikan.Oleh itu, mereka akhirnya akan mengambil keputusan untuk melakukan jenayah seperti mencuri,meragut dan sebagainya untuk meneruskan kehidupan mereka.

          Justeru , guru adalah seorang insan yang bertanggungjawab bagi membanteras masalah ini .Hal ini dikatakan demikian kerana,guru adalah seorang pendidik.Oleh itu ,guru perlu memastikan setiap pelajar dapat belajar dengan berkesan sehingga mereka boleh menjadi insan yang cemerlang.


Kesimpulan


         Setiap guru perlu mempunyai kemahiran penyesuaian sosial dalam diri.Hal ini dikatakan demikian kerana,kemahiran penyesuaian sosial seperti kemahiran interpersonal dan intrapersonal dapat mewujudkan atau menghasilkan interaksi yang berkesan antara pelajar dan guru.Selain itu ,kemahiran penyesuaikan sosial dapat menggalakkan perkongsian maklumat terutama antara guru dengan pelajar.Akhir sekali,kemahiran penyesuaian sosial ini juga dapat mengatasi isu gender dalam kecemerlangan akademik.Hal ini dikatakan demikian kerana,Kemahiran penyesuaian sosial dapat merapatkan jurang antara guru dan pelajar .Dengan itu, hubungan antara guru dan pelajar akan menjadi akrab dan sekaligus dapat memberi kefahaman kepada murid  dalam sesuatu pengajaran yang diberikan oleh guru.Kesannya,bilangan pelajar yang cemerlang antara dua gender iaitu  lelaki dan perempuan dapat diseimbangkan.


Disediakan oleh,
Nur Syahirah Binti Muhamad Zamri
PPISMP Bahasa Melayu 4
Ipg Kampus Darulaman


RUJUKAN

Cikgu Iffah Fakhira ,2016 ,Bab 10 - Penyesuaian sosial

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa , Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan. (2015). Kemahiran Belajar. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kalaashini Reshini,2018 , penyesuaian sosial


Idin, C. (2019, August 29). Kemahiran Belajar . Retrieved from Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis : http://cikguidin.blogspot.com/2016/09/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-dan.html

Nurul Nadirah Mohd Kasim dan Fariza Khalid(2016).  Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan: Satu Analisis  Perbandingan. Diperoleh daripada https://www.academia.edu/21000524/Sistem_Pengurusan_Pembelajaran_dan_Sistem_Pengurusan_Kandungan_Satu_Analisis_Perbandingan

Norsyazaaqilah Binti Sahal, Nur Farah Nabilah Binti Shaari dan Nur Musfaiqah Binti Muhamed Mustapa (2016). Learning Management System And Course Management System. Diperoleh daripada https://norsyazaaqilah.weebly.com/uploads/6/1/3/3/61338135/laporan_lms_dan_cms.pdf

Mujahid islam  (2016). Sistem Pengurusan Pembelajaran Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/mujahidislam5/8-sistem-pengurusan-pembelajaran

Murniza Muhamad. (2017). Kemahiran Belajar (GKB1053) Sikap Terhadap Pentaksiran. Jabatan Teknologi Pendidikan. https://www.slideshare.net/MurnizaMuhamad/kemahiran-belajar-sikap-terhadap-pentaksiran

Ph.D, R. E. (2015). Kemahiran Belajar . Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad, Analisa Hamdan. (2015). Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Selangor. file:///C:/Users/user/Downloads/23-109-1-PB%20(1).pdf





No comments:

Post a Comment